love


Isnin, 15 Oktober 2012

MyBlog-niaga.com


  PERHATIAN!!!!!!

TEMPAHAN KUIH MUIH TRADISIONAL PENCUCI MULUT COKLET CUP CAKE SERTA JUADAH MAKANAN BERAT SEPERTI NASI DAN ANEKA MEE..UNTUK MAJLIS RINGKAS SEPERTI HARI JADI KENDURI DAN SEBAGAINYA.

MENU & HARGA AKAN DI SIARKAN DI www.midamayaartillusion.blogspot.com AKAN DATANG.

PENGHANTARAN AREA DAMANSARA & SUNGAI BULOH SAHAJA

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI
 MIDAH : 013 2478036
LIYA : 0192378416



Selasa, 2 Oktober 2012

KARIPAP PUSING MIDA


Hari ni mood nk kongsi resepi karipap,sapa minat karipap bleh blajar yer....
nah!!..follow resepi aku yg x seberapa ni...


BAHAN YG DI PELUKAN

Doh (A)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan margerin

Doh (B)
2 cawan tepung gandum
3 sudu minyak masak/boleh diganti dgn santan
1sudu kecil garam
3/4 cawan air sejuk

Inti (ikut cita rasa anda sama mahukan inti kentang,keledek atau sardin)


CARA-CARANYA

Bancuhan Doh (A)
Gaulkan doh A hingga sebati - jgn terlalu lembab dn jagn terlalu kering tambah margerin jika kering dn tambah tepung jika lembab.Supaya mudah nk dibentukan seperti bebola.
Bancuhan Doh (B)
Satukan garam dan air kacau hingga garam larut,cmpurkan semua bahan B uli hingga menjadi doh.

Ambil sedikit doh B lepirkan dgn tangan untuk dijdikan sebagai kulit dan ambil doh A yang telah dibuat bebola td untuk dijadikan sbgi inti balut dn buat seperti bebola.  
Setelah siap dibalut.
lenyek mengunakan kayu pelenyek mengikut langkah2 seperti gambar di bwah: 
  • lenyek bebola doh td secara memanjang
  • gulung dri bawah ke atas
  • lenyek sekali lagi arah memanjang (jgn lenyek terlalu kuat kerana doh B akan jd nipis dn mudah koyak).
  • kemudian lipat 2 dari bwh ke atas dn lenyek lagi.
  • gulung dri bwah ke atas supaya lebihan doh B berada di atas.
Seterusnya potong setebal 2cm
Ambil sedikit doh B lenyek dan lapik di atas potongan td (supaya inti tidak bocor) dn lenyek.
 Letak di atas acuan dan masukan inti.
 Klim bibir karipap agar lebih rapat dn cantik.
 Setelah siap, goreng dan sedia di hidang.

 -Tq kerana membaca harap panduan ini memudahkan anda,selamat mencuba-

Isnin, 1 Oktober 2012

61 Petua Dapur Mida


PETUA DRI ORG TUA2 YG SEMPAT AKU BELAJAR


1  MULAKAN BERSELAWAT SEBELUM MULA MASAK
Mulakan selawat setiap kali masuk dapur teruatama sekali ketika nk menyiang ikan @ ayam 
  
2  DOA KETIKA MEMASAK
Nk ambik berkat ketika mmbasuh beras, mcm yg mk aku ajar niat dlm hati “Ya Allah ya tuhanku aku bersyukur atas segala rezeki yg kau berikan aku masak untk suami dn ank2ku kau berkati lah apa yg kmi mkn,berikn kmi kesihatan dn murahkan rezeki kami amin”

3  MASAKAN HANGUS,APA PERLU BUAT?
Alamak! Hagus x sedar api terkuat plak, jgn tgu2 lgi terus ambil kuali atau periuk lain dn tukarkn  maskan yg hangus tadi jgn kikis kerak yg hangus td plak!..pastu boleh  la sambung masak semula bkan apa nk elakkan msakan tersebut dri berbau hangit..  pastu brlah boleh dihidangkan pd mk mertua anda hehe…

4  TERLEBIH MASIN
Org kata kalu masak terlebih masin nk khawin dgn org tua-jgn risau kdg2 kita bru nk bljar mask ni x pandai la nk agak2 brapa bnyk garam kan? so nk elakkan dr berkahwin dgn org tua cpat2 lah ambil kentang kopek kulitnya potong 2 atau 3 masukkan kedlm masakan td supaya ia dpt menyedut rasa masin yg berlebihan td.bleh try dlam masakan bergoreng seperti nsi goreng atau sambal,tp kalu mskkan berkuah mcm sup tu kita bleh tmbah sedikit madu atau air jer…. 

5  SINGKIRKAN LEMAK
Pebret utma aku adalah sup dulu msa ank dara aku tk bleh nk mkn selalu sebab sup dgin atu tulang ni berlemak ,tp skarg aku dh ada cara singkirkan lemak  pd bahagian dging yg berlemak tu,mula2 rebus daging dlm 1jam pastu biarkan sejuk kt luar dulu agak2 dh suam simpan dlm peti ais supaya semua lemak jd beku dn timbul di pemukan ats dn buang lah lemak tersebut pastu buru lah dibuat sup macm biasa…org yg diet bleh try kay…..

6  LEMBUTKAN DAGING
Rebus daging atau tulang mmg leceh sb makn masa berjam2 so cra yg slalu aku prektikkan ambil halia dn beberapa ulas bawg putih terus basuh hingga bersih tanpa buang kulitnya halia tu perlu dititik n rebus besama daging td hanya 1jam jer dging dh lembut bau pon wangi..kalu nk jimatkn gas plak msk dlm rice cooker bkn jimat gas jer lg cpt masak…kalu daging tu utk di bakar atau digorng plak perapkan dgig tu dgn tairu masm smipan je dlm pti ais kalu nk masak brkeluarkn n bilas.

7  BAU HANYIR KAMBING
Caranya rendam dging kambing tu dgn air dn secikit cuka 10-15 minit basuh n bilas beberapa kali,bleh jgk di cuba pda ati dn limpa lembu..tp jgn terlalu lama nnti hilang plak rasa mnis daging tu xsdp plak masakan kita..

 8  SAYUR SENTIASA SEGAR
Sayuran berdaun dn ulaman kalu disimpan sesuka hati akn cepat layu n kekuningan. Cara  utk tahan lebih lama dan segar sebur air pd sayur tersebt dn balut dgn 2helai surat khabar simpan blm peti ais.bila nk msk rendam dlm air garam konfem segar n bersih….

9  CARA CUCI IKAN DARAT
Bahan seperti asam jawa,garam kasar,limau nipis/kasturi,buah belimbing  biasa atau belimbing buluh yg dah masak n lembik,daun serai, gabung lah 2 atu 3 jenis dr bhan2 ini ramas dn perap pd ikan beberapa minit sebelum dicuci bersih.

10  CARA CUCI IKAN LAUT
Gaul 2,3 minit ikan dgn sedikit garam dan air basuhan beras.

11  SEGARKAN UDANG @ IKAN
Kadang2 udg , ikan atau ayam yg di beli kalu tk disimpan dlm peti ais akn menjadi busuk,jgn di buang ia boleh diselamatkam lagi..siang basuh n perap dengan perahan limau nipis ½ jam bilas n insyaallah pasti segar  tk berbau lagi. 
  
12  IKAN MELEKAT PD KUALI
Adoi belum sampat minyak dlm kuali panas dh masukkan ikan mesti la melekat, kalu ikan dimasukkan dlam kuli tpi tidak berbunyi atu minyak x panas terus ambil 2,3 kping asam keping masuk dlm kuali tu goreng bersama ikan td hingga ikan masak baru lah dialihkan.

13  AYAM MASAK MERAH LEBIH SEDAP
Untuk jd lebih sedap dan pekat masa nk kisar cili aku akan tmbah dgn sebatang keret/lobak merah,rasa pn mmg sedap tp mak aku ajar plak kisar skali dgn cili besar dn tomato jd tak payah tmbh sos cili lg cb la try… 

14  AYAM & DAGING PANGGANG LEMBUT
Masa proses perapan tu tambah sedikit air coke…tak pecaya cba…

15  KUIH SEMPRIT RANGUP
Bancuh adunan tepung bersama telur kuning yg telah di rebus.

16  HINDARI PETI AIS BERBAU
Selalunya kalu ada sisa roti yg tak hbis atau expiert aku tak buang tp aku akan letakkan di dlm peti ais 1-2 hari supaya ia dpt serap bau,kdg2 kalu simpan durian,petai dn belacan hmmm…mau 1 peti ais tu melekat baunya…selain itu daun pandan jgk dpat memberi aroma dlm peti ais anda.

17  BLANDER BERBAU
Blander biasa kita guna utk kisar cili dan bawang baunya boleh melekat pd blander tersebut,jd bila kita nak bland jus mgkin jus buah tersebut akan berbau bawng dn rasa pedas cili.caranya mudah sahaja masukkan 2 sudu garam dn sedikit air kedalam blander goncang beberapa kali dn bilas. Bleh jg cuba pda botol air minuman,senangkan?

18  PULUT LEBIH LEMAK
Pulut mmg sedap kau di makan bersama durian,ikan kering atau dibuat ketupat dn lemang. Untuk lebih lazat dn ledih lemak pulut kata org tua2 bilas dahulu kemudian rendam beras pulut dengan air kelapa selama 12jam brulah di tanak atau di kukus.

19  TELUR REBUS TAK PECAH
Rebus telur dgn sedikit garam insyaallah telur tidak pecah dn cantik bleh la buat bunga telur,untuk memudahkan telur dikopek plak lepas rebusan dimasak biarkan telur itu berendamkan semalaman.

20  TAMPAL  PERIUK BOCOR
Ambil kapur makan tapal pd lubng periuk tu,bakar kapur yg telah di tampal tu dgn menggunakan lilin.

21  BUANG SELUT PD SIPUT
Siput sedut,kerang atau lala yg berselut sukar nk cuci.ada cara mudah yg aku slalu buat rendam hampas kelapa dgn sedikit garam selama 1jam.jika siput itu masih hidup ia akan memuntahkan selut didalamnya ramas lah bersama hampas kelapa dn bilas beberapa kali.

23  PERIA TAK PAHIT
Potong peria dahulu seperti yg nk dia masak rendam dgn garam 10-15minit barulah di bilas n boleh terus dimasak.

24  HALAU SEMUT DN LIPAS
Perahkan limau nipis pada laluan semut dan tempat ia berkumpul, perah juga di lubang dan kawasan2 yg ia boleh masuk.

25  SANTAN LEBIH PEKAT
Santan kotak atau santan segar yg di beli di pasar2 biasa dh dicampur dgn bahan2 yg kita tak tau untuk nampak lebih pekat ,tp aku lebih gemar menggunakan kelapa original aku akan kisarkan 2biji kelapa parut selama 10 minit tapiskan dn perah, santan akn jd lebih pekat kacau sukatkn setiap bungkus untuk 1 gelas ke dlm plastik frozen kan dn bleh digunakan bila2 anda perlu.tp kena keluarkan beberapa jam awal sebelum masak. 

26  TAUHU TAHAN LAMA
Basuh tauhu hingga bersih tos hingga kering rendam pula dengan air panas biarkan sejuk dn simpan dlm peti ais insyaallah tauhu lambat basi. 

27  CUCI PAPAN PEMOTONG
Ambil limau nipis gosok pemukan papan pemotong plastik tersebut dn biarkan bersama hampas kulit limau tersebut di pemukan papan selama 1jam sebelum di gosok dgn dawai periuk.

28  CARA BERSIHKAN KERANG
Rendam kerang dgn sedikit cuka beberapa minit dn bilas hingga bersih.

29  BARANG KELULI JD KILAT
Rendam dengan air beras selama 20 minit sebelum digunakan agar lebih berkilat dn tidak calar.

30  NASI HANGIT
Sekarang dgn adanya rice cooker memudahkn kita utk masak nasi serta tidak hangus lagi,tp kadang2 time blackout terpaksa la gna dapur gas tp bila dh jrang guna ni paham2 la tak bleh nak control tahap api menyebabkan nasi hangus,segeralah angkat periuk nasi tersebut letakkan di tempat lembab insyaallah kerak tak melekat pd periuk. 

31  LEMBUTKN AYAM TUA
Kalu nk senang rebus dgn tebu tp yg susahnya nk dptkn tebu skg ssh,satu lg cara bunjutkn biji selasih dalam kain putih.

32  KARI YG SEDAP DN WANGI
Mulakan menumis dengan hirisan bwg merah halba campur dn daun kari hingga wangi dn last sekali masukkan setangkai daun kari serta ketumbar masak hingga mendidih.

33 HINDAR KUTU BERAS
Ambil beberapa biji cili kering campurkan dlm bekas simpan beras.

34  DAUN KARI TAHAN LAMA
Bersihkan daun kari dan masukkan dlm bekas kedap udara simpan dlm peti sejuk.

35  HILANGKAN PEDAS PD TANGAN
Ambil gula dan ramas pd tangan yg pedas terkena cili selama 15 mint dan bilas.

36  TANGAN TERKENA GETAH PISANG
Bleh cuba jika tgn anda terkena getah nangka,pisang dan keladi. Ambil limau nipis potong 2 dan gosok hingga bersih boleh juga gunakan minyak masak.

37  HILANGKAN GATAL SAYUR KELADI
Ambil pelepa pisang potong sepanjang 2 inci masak bersama sayur keladi tersebut.Boleh juga masukkan 2,3 biji buah pinang ketika merebus.

38  BUBUR KACANG SEDAP
Goreng kacang hijau terlebih dahulu hingga wangi barulah di rendam dn direbus.

39  ELAK DARAH AYAM TAK KELUAR BILA MASAK
Pastikan air rebusan atau sup mendidih terlebih dahulu barulah ayam dimasukkan.dgn proses ini darah dlm tulang ayam cept beku/masak  dn tidak meleleh keluar dn mencacatkan sup ayam anda ia juga dapat mengurangkan bau hanyir ayam.  

40  BENDI TK LENDIR KETIKA MASAK
Bersihkan bendi terlebih dahulu tos hingga kering barulah dipotong hujungnya,dn potong lah ikut cara anda hendak masak sama ada dibuat kari atau goreng.

41  SANTAN TAHAN LAMA
Santan yg telah diperah dicampurkan dgan sedikit garam kasar kacau dan simpan dalam peti sejuk.

42  CUCIAN AYAM BERSIH DN SEGAR
Gaul ayam dengan tepung gandum 10minit dan bersihkan insyaallah segala lendir2 pd ayam senang dicuci dan ayam menjadi putih dn segar.

43  GORENG PISANG RANGUP
Bancuhan tepung goreng pisang dicampurkan dgn sedikit tepung kastard. Dan goreng mcam biasa.

44  CEPATKAN MASAK BUBUR
Rendam beras telebih tahulu selama 30minit barulah dimasak.ia dapt mempercepatkan proses memasak bubur pon lebih empuk selain dpt jimatkan gas.

45  PAU SEDAP
Bancuh tepung dgn air rebusan daun pandan dan ketika kukus juga mggunakan  daun pandan.

46  KUAH LAKSA SEDAP
Lebihkan bawang besar untuk memekatkan kuah dan kisar halus sedikit nenas kuah laksa bkan sahaja lebih wangi malah dpt menambahkan rasa masam manisnya.

47  KUIH TALAM TAK MEREKAH
Uli bancuhan tepung menjdi doh dhulu selama 1jam atau lebih barulah di cairkan/kisar dengn santan atau air.

48  TAUGEH TETAP SEGAR
Jika taugeh yg dibeli mmg telah dirndam,anda perlu bersihkan dn rendam taugeh tersebut dgn asam keping.dan jika taugeh masih segar dn baru siap dr prosesnya sebaiknya ditoskan dan simpan didlm plastik tanpa direndam ia lebih segar.

49  CILI KISAR HALUS DN TAHAN LAMA
Untuk menghancurkan biji cili kering ketika di kisar dn cili lebih tahan lama masukkan sedikit minyak dan bawg besar kisar bersama bleh disimpan dlm peti ais sedia digunakan pd bila2 masa.

50  ACAR LEBIH RANGUP
Campurkan sedikit minyak masak atau minyak yg bleh dimakn kedalam acar tersebut bkn sahaja rangup malah acar lebih berseri. 

51  HILANGKAN HANYIR BAHULU
Setelah selesai proses putar  telur  ambil bunga lawang dn rendam seketika sebelum dimasukan tepung. Bleh juga di tambah sedikit asen vanilla kedlm bancuhan bahulu tersebut.  

52  TANGAN BERBAU HANYIR
Gosok tangan dgn asam jawa beberapa minit dan bilas. 

53  MATA TERKENA CILI
Segera ambil kain bewarna merah garang dn gosok mata anda,aku pernah cuba beberapa kali petua ni mmg berkesan malah ank aku jga pernah menggosok mta dgn tangannya yg bercili kebetulan msa tu dia pakai bju merah dia menangis  sambil megesat mata dgn bju  dn beberapa minit jer berhenti menangis lepas gosok mata.hrmm.. mmg mujarab. 

54  NASI MENTAH
Bila anda terkurang air dn bahagian atas akan nenjadi mentah,kacau ½  dari bahagian atas periuk,ambil beberapa helai plastik renyukkan tutup pemukaan nasi,percikkan sedikit air dn tutup rapat pasti kana api perlahan. 

55  SAMBAL BELACAN SEDAP
Campurkan sedikit bwg besar atau bawang putih yg telah di bakar sebelum ditumbuk. 

56  KURANGKAN MASIN IKAN KERING
Rendam ikan kering dgn air basuhan beras 15minit. Bleh juga di rendam dgn air garam bkan bertujuan menambahkan masin sebaliknya petua ini dpat mengurangkan lg rasa masin pd ikan kering tersebut. 

57  SINGKI TERSUMBAT
Amalkan setiap kali mencuci singki anda dgn taburkan garam kedalam lubang singki beberapa minit dn tuangkan air panas,segla lemak2 beku yg terkumpul dlm lubg singki akan cair.  

58  KUAH KACANG SEDAP
Goreng dahulu cili,bwg putih dn bwg merah kisar dan tumis macam biasa.

59  DONAT LEMBUT GEBU
Campurkan kentang yg telah direbus dn dilenyek ke dlm doh.

60  HILANGKAN HANYIR IKAN
Rendam ikan yg telah disiang dgn air basuhan beras,ramas asam jawa dan sedikit garam.

61  CEKODOK LEBIH RANGUP
Bancuh semua bahan cekodok bilis atau udag jgn terlalu cair btkan lubang di tengah tambah sedikit air panas dan kacau rata sebelum di goreng.sementara melembutkan cekodok pulak tambahkan 1 biji telur.



-SEKIAN INI JER YG AKU TAHU DN SELALU DIPREKTIKKAN SELAMAT MENCUBA-


Isnin, 17 September 2012

Sebuah coretan tentang anak-anak ku

-Aduhai anak-

Ini lah dunia seharian aku sekarang 24jam dengan anak2 dan memang x pernah pisah walau sehari..armm..bt masa skarg la..... riuh rendah tangis n tawa sentiasa berkumandang...dh mcam radio aku dh...akulah ibu pd ank aku, akulah guru yg menberi didikan pd ank2,akulah uztazah yg membimbing mengenal agama pd ank2 aku,akulah cikgu kaunsling untk menyetelkan dn mendamaikan diaorg tika bergaduh,akulah jururawat yg merawat skit deman diaorg,akulah baby sitter yg menyuapkan mkanan ke mulut mereka... dan aku jua mampu menjadi apa saja untuk ank-ank aku asalkan mereka terpelihara dn mendapat kasih sayang aku dn suamiku sepenuhnya....


Ini anak aku yg sulung

Nama: Orked Nur Qashrina bt Mohd Arif
Tarikh Lahir : 04 Sept 2009
Umur sekarang : 3thn
Email : ratukulovely@yahoo.com






Ini pulak anak ke-2 aku

Nama: Qhalif harrith b Mohd Arif
Tarikh Lahir : 19 Ogos 2011
Umur sekarang : 1thn
Email : ratukuorked@yahoo.com.au








 


Tpi rasanya tidak afdal dn tidak adil untuk aku tidak memperkenalkan seorang lg anak aku iaitu Allahyarhamah Fira Aisyah,walaupon Tuhan lebih syangkan dia tp aku tetap merasa yg dia sentiasa dekat dgn aku seorg ibu dn ank x ada jurang pemisah walau jasad tiada di dunia tp di akhirat pasti kami akn bertemu sbgai seorg ibu dn ank so x perlulah aku nk ketepikan dia dari coretan ini kerana dia juga anak aku dn along pada adik2nya.Sebenarnya dia merupakan ank pertama aku..beza dn uniknya dia dari semua org ialah tarikh.. kerana Allahyarhamah mempunyai tarikh kematian lbih awal dri tarikh kelahirannya iaitu tarikh kematian pd 5 Ogos 2008 dan tarikh kelahiran pd 6 Ogos 2008. "seseorg yg hidup pasti akan mati" tp kita hidup dahulu baru mati tol tk?.tp aku tk nafikn ada juga org lain yg sma senasib dengan anak aku ni cuma hanya insan yg terpilih sahaja punya tarikh lahir dahulu bru tarikh kematian mereka.. Tpi itu lah hakikatnya yg terjadi pd ank aku..Sesungguhnya dia diciptakan Allah utk hidup selama 9bln 10 hri didlm rahim aku,sementara aku di tugaskan Allah untuk melahirkan seorg Bidadari Syurga dan seorg ank yg Solehah....
Walaupon belum sempat dia mengenali aku..dn Tuhan lebih menyayanginya...aku redo dn bersyukur dn rasa sgt bertuah memiliki ank sepertinya...Ini semua adalah ketentuannya tk ada siapa di dunia ini yg mahukan kehilangan org yg tersayang...
Bodohlah kalu aku katakan yg aku begitu mudah menerima takdir ini.....hakikatnya
Hampir setahun jgk masa utuk aku terima kenyatan ini....mana tknya sepanjang aku mengandungkannya aku beri sepenuh perhatian jg pemakanan dn chaek up setiap bulan dn minggu dgn penuh harapan..maklum lah ank pertama....dan alhamdulillah time tu aku n bby mmg sihat..sehingga tibanya tanda2 utk aku melahirkannya masa tu due aku dh over 2 hari..smpai jer hospital setelah daftar n bt chekup aku nmpk msa tu rmai dokter yg keliling aku termasuklah doktor pakar..tiba2 doktor tu bersuara yg dia terpaksa memberhentikan proses kelahiran aku dn memberi tahu bahawa jantung bayiku dh berhenti bayi aku mengalami IUD dimana tempohnya sudah matang dia dah mkan najis masa dlm kandungan dn lemas kerana ada jangkitan kuman pd paru2nya.. masa tu aku mcm nk sepak jer muka doktor tu dlm keadaan mcm ni pon nk main2kan aku...aku diam trpaku seolah tk ada apa yg berlaku setitis pon air mta aku tak jatuh lg msa tu aku msih terkedu dn tidak percaya dgn apa yg berlaku,sehinggalah suami aku dtng pd aku memeluk dn menangis..brulah aku sedar benarkah apa yg terjadi?..."ya Allah begitu cepat kau mengambil nyawanya tnpa belum sempat aku mendengar tangisnya dn peluk ciumnya"....sedangkan baru beberapa minit aku mendengar bunyi jantungnya melalui alat scan jantung kt sebelah aku.....bila aku tengok muka mak dn suami kt sebelah aku menangis...barulah bederai air mata aku.....dn aku terus menunggu lebih 12 jam aku mengandungkn mayat ank aku sementara menanti  proses kelahirannya masa tu bby tidk lg menendang dlm perut...
Subhanallah aku selamat melahirkannya dgn mudah inilah kuasa Allah..tnpa aku sedar tak rasa sakit dn mmg tak sama rsa skit mcm kelahiran anak2 aku yg lain..
mungkin ank yg solehah seolah tidak mahu menyusahkan ibunya....
Fira Aisyah adalah nama yg terbaik utknya...dia dilahirkan sempurna dn sgt comel...walaupun aku tak dpt dengar suara tangisnya seperti ibu2 yg lain dlm labour room tu...tp aku puas dpt tatang mukanya sungguh bersih dn suci....."sayang tgu ibu di Syurga nnti yer" aku cium setiap inci mukanya....
Ya Allah Ya Tuhan ku aku teramat merinduinya...setiap detik dia di hatiku....:'(

Huwaaa....aaaa.... nk kesat air mata dulu la.....
Ok..tak lama lps tu genap 3thn dh berlalu Allah telah menghadiahkan aku sepasang lg cahaya mata  lengkap lah hidup untuk menyerikan lagi setelah kepahitan yg di lalui dulu.Ini lah hikmahnya dari setiap apa yg dh terjadi.. 
Allah ambil 1 tp dia beri aku 2...syukur Alhamdulillah..... 
 

Ini lah buah hati pengarang jantung aku muuaaahh.....


Kedua-duanya sgt lincah dan aktif penat jgk melayan karenah mereka tiap2 hari,tp di sebabkan dh jd rutin harian melayan diaorg so dah lali x terungkap lg pekatan penat tuh.... tp kalu dlm sehari xrasa penat layan bebudk ni yer!.. aku heran...
Hehe..bkan mengeluh just berkongsi mcm mna ragam bila ada ank ni...ini bru dua mcam mna la org yg ada ank cukup 1 pasukan bola tu? bleh kurus la mk bapak diaorg agaknya....
tambah pulak kalu ank yg dh mula dapt kaki ni siap la.. kena sentiasa pantau...
cam anak lelaki aku ni la....kalu dpt keluar jlan2 tangan xnk dipegang...mcm semua dia tahu jer arah jln kat luar tu melulu x tengok kiri kanan tonggol batu ke kayu ke semua dia redahnya... kalu kt kdai mkn letak dia dlm bby chair sekejap jer dia panjat keluar.. kalu kt umah plak apa dia nmpk atas meja atau apa yg dia nampak sama paras tinggi dia tu asal bleh capai mmg xkn smpat nk dislamatkan la sb dia lg cepat dari aku...pernah sekali dia tarik wayar cerek panas...n jatuh nasib la cedera sikit je kt kaki...fuhhh!!!.....lepas pd hri tu mmg dia kena diperhatikan, apa x nya nk di pukul bkn dia tau apa2 nk di nasihat bknnya faham... cuma dpt tegur jer dgn berckp smbil gerah bhasa tubuh...

Bkan apa ank yg  Allah beri ni adalah anugerah dlm fikiran aku anak2 bukan anak patung yg kat mana diletak dkt situ lah dia duduk xbergerak diam terpaku...ank kita manusia yg bru kenal dunia dn diri dia sendiri mereka bebas bermain tu seolah sedang belajar mengenal sekeliling dia...
 sebagai ibu bapa kita lah yg perlu kawal ank kita sendiri..bkan org lain yer.....

Sapa cakap x best kalu ada ank ni...tmbah plak yg bby2 ni hapy jer rasa tenang jer bila tgk muka...
Eh.eh kenapa aku sebut pasal bby2 ni...herrmmmm...nak lg ker....
oh god...hehe...coming soon la...kena 3,4 kali pikir lg...wahh....2 pn penat.....



-SEKIAN-

Jumaat, 14 September 2012

pengenalan


 Assalammualaikum..

Hai suma yg mengenali aku dan pd suma yg x mengenali aku tu kalu rajin buka blog ni pasti akan kenal aku lebih dari org yg memang dah kenal aku....hahaha....:)

Camner leh nak buat blog ni?...

Inilah blog dunia realiti dan fantasi aku la kononya.. tujuanya adalah untuk share minat aku yang x kesampaian ni..setelah aku berumahtangga ni aku terpaksa lupakn dulu cita2 ni coz..bnyak commitment dan atas sb2 tertentu...kalu di izin Allah ada jgk rezeki stu ari nnti.....aku hnya berusaha selebihnya serahkan jer pada takdir.
Dulu aku blajar dlm jurusan yg aku suka Animasi dan Visual...pastu keje plak dlm bidang designer  slama 4thn...bleh kata suka jgk la kejer ni kira jtuh cinta jgk la sb bnyak blajar pkai multimedia drawing n bleh kata jgn suruh aku wat freehand drawing yer..lupa trus..wah!!! huhu..tp kalu anak aku suh lukiskn katun tuk dia tu leh ler...Masa keje jgak aku sempat kutip pengalaman wat drawing utk glass ,advertising, canting batik n bnyk lg kraf-kraf lain best sgt sb bnyak dpat hasil dri berkongsi idea dgn kwn2 sekerja...
Pastu lepas kahwin aku cb plak dlm bidang yg xbnyk beza ngn keje yg lepas iaitu web designer mmg kena la dgn jurusan yg aku ambik msa blajar tu sungguh teruja bestnya aku berpeluang jgk bt animasi....iaitu web utk kanak-kanak.....
gugup gila 5thun aku tinggal adobe flash tu...huaaa...rasanya 10% jer yg ingat last aku gna flash tu tahun 2002 tetiba msuk kerje tu nk xnk kena jgk.Lgpn masa zamn aku blajar mna nk sama ngn flash zman skarg,skarg dh tentu lg canggih manggih dn lg senang tp disebabkan gugup aku jd blerr..sekejap.....pastu..nk xnk org kata nk pandai xleh malu kena bnyak bertanya....so kwn2 keje la jd sasaran diorg plak sumanya adik2 belaka...diaorng la terpksa jd cikgu aku wlaupn sibuk ngn kerja masing2...bagus la diaorg ni x rugi dpt kwn cam diaorg ni...haha...tp aku paham sebenarnya diaorg dtg nk kerja bkn nk jd cikgu aku..... hmm.. apa pun aku appreciate sgt..sb x kedekut ilmu....
Namun malangnya xlama pn aku wat keje tu sb terpaksa berpindah ats urusan kerja suami aku  so aku pon berhenti la kerja smpai sekarg...bak kata org tua2 pompuan ni last2 kt cerok dapuq jgk akhirnya.....hahaha....aku redo....aku redo.....

Alahai...dunia ku bertukar lg!!!... dh duduk cerok dapuq aper lg minat pun kena bertukar la jgk...dh jd bini n ibu tanggungjawb jaln mcm biasa... setap sudut inci rumah ni aku kene urus terutama sekali perut ank2 n suami..<<<>>>>>
dh asyik masak asyik jgk la ngap..masak ngap mask ngap lah kejanya!!!....membesorkn badan..tantion giler... hidup aku jgk dgn family je mana x boringnya...makin dibiar lama2 otak pn jd beku..aku plak jenis yg x leh duduk diam ada jer kerja yg aku nk buat dn yg hakikatnya hati Tuhan je yg tau sentiasa kenangkan minat n cita2 aku tu.....rs berbelah bahgi plak......
kerjaya  @ family...kerjaya  @ family...kerjaya  @ family...!!!@#$$%^;*...

Huhuhu...last2 ni lah hasilnya tercetus la nk bt blog ni kononya nk realisasikn impian n mengisi masa lapang la...hmmm...cb try lah..kan??.....

Bkan apa bleh la aku kongsikan ilmu aku yg x seberapa ni ngn suma, lebih jujurnya kalu dpt bertukar2 ilmu dgn suma org kn best....ada jgk kawn n paedahnyer....
haaaa....jgn ingt aku ni dok cerok dapur xtau apa plak yer...wlaupn dok umah jer mengadap anak2 n dinding jer broudband ni la yg jd teman,cikgu, buku,surat khabar n segala2nya bak kata org "mak bapak ko jer yg xada dlm tu" haa...pandai kan teman setia aku ni? bnyak ilmu aku dpt dri dia.
Dan yg penting lg bkn aper blog ni jgk sbgai tatapan anak2 aku bila dh besar nnti......

Dengan itu aku cadangkan blog ni setelah difikir2kn n digabung2kan adalah utk mewujudkan satu dunia art hasil dri kreativiti yg datang dari fikiran,aku jdkn ni dunia Maya n Realiti ku....wuuaahhh...
Hahaha x kisah la apa jua yg terlintas dlm otak apa yg aku rsa nk buat.....masak,melukis,menjahit,menulis,belakon ,kraf tangan atau yg aku rasa ia sesuatu yg berseni cantik kreatif atau apa jua yg tercetus dri minda...hehe.....ni kira tmpat aku luah n kongsi idea jgk la...
dri aku buang masa kat umah ni mengempap je ada gak keje utk hilangkan stress..jgn ingat dok kt umah x stress!!...sekurang2nya terbalas jugk rindu dendam aku pd cita2 aku yg x kesampaian tu..
tol x?....nyeh3....kalu tol like beribu2 kali.....

SEKIAN.....