love


Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Selasa, 16 Oktober 2012

Mida Coklet Kek Kukus


Ini resepi dari air tangan aku sendiri, sebenarnya aku baru berjinak-jinak blajar bt kek ni, ini kali ke-3 aku buat Alhamdulillah jadik pernah sekali jer tak jadi tpi msih sedap n bleh dimakan la huhuhu..
nak tau apa resepi aku jom tengok....





Bahan bahannya:

Bahan  A
1 ketul butter cup 250 gm
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe
1 cawan gula halus
1 sudu pewarna coklet
(jika suka-aku suka kek coklet warnanya pekat)
(nak kek lebih lembab tambah minyak atau batter)

Bahan  B
2 biji telor
 1 sudu asen vanila
4 sudu gula halus

Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil serbuk penaik
(aku guna tepung kek BlueKey jer senang)
Cara-caranya :

>Satukan bahan A dalam kuali cairkan dalam api yang sederhana kacau supaya rata dan tidak beketul, tak perlu sampai mendidih agak2 jer, angkat dan biarkan sejuk.


>Pukul bahan B hingga kembang dan warna putih.

>Campurkan bahan A tadi ke dalam bahan B kemudian msukkan sekali bahan C.
gaul sebati guna tangan jer jangan kacau secara putar, agak2 5 minit jer.

>Sapu minyak pada loyang.
>Kukus api sederhana setelah air kukus dh mendidih selama 1jam.

Siap boleh di hidang bersama toping nyer...dan hias suka hati korang..







......Senang kan? cer try buat....

Selasa, 2 Oktober 2012

KARIPAP PUSING MIDA


Hari ni mood nk kongsi resepi karipap,sapa minat karipap bleh blajar yer....
nah!!..follow resepi aku yg x seberapa ni...


BAHAN YG DI PELUKAN

Doh (A)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan margerin

Doh (B)
2 cawan tepung gandum
3 sudu minyak masak/boleh diganti dgn santan
1sudu kecil garam
3/4 cawan air sejuk

Inti (ikut cita rasa anda sama mahukan inti kentang,keledek atau sardin)


CARA-CARANYA

Bancuhan Doh (A)
Gaulkan doh A hingga sebati - jgn terlalu lembab dn jagn terlalu kering tambah margerin jika kering dn tambah tepung jika lembab.Supaya mudah nk dibentukan seperti bebola.
Bancuhan Doh (B)
Satukan garam dan air kacau hingga garam larut,cmpurkan semua bahan B uli hingga menjadi doh.

Ambil sedikit doh B lepirkan dgn tangan untuk dijdikan sebagai kulit dan ambil doh A yang telah dibuat bebola td untuk dijadikan sbgi inti balut dn buat seperti bebola.  
Setelah siap dibalut.
lenyek mengunakan kayu pelenyek mengikut langkah2 seperti gambar di bwah: 
  • lenyek bebola doh td secara memanjang
  • gulung dri bawah ke atas
  • lenyek sekali lagi arah memanjang (jgn lenyek terlalu kuat kerana doh B akan jd nipis dn mudah koyak).
  • kemudian lipat 2 dari bwh ke atas dn lenyek lagi.
  • gulung dri bwah ke atas supaya lebihan doh B berada di atas.
Seterusnya potong setebal 2cm
Ambil sedikit doh B lenyek dan lapik di atas potongan td (supaya inti tidak bocor) dn lenyek.
 Letak di atas acuan dan masukan inti.
 Klim bibir karipap agar lebih rapat dn cantik.
 Setelah siap, goreng dan sedia di hidang.

 -Tq kerana membaca harap panduan ini memudahkan anda,selamat mencuba-